Make your own free website on Tripod.com

 

AMewujudkan program pengajian yang terbaik untuk menghasilkan bakal pelajar universiti yang mempunyai pengetahuan akademik dan daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak Universiti, Masyarakat dan Negara.

AMenyediakan para pelajar yang ditanam asas budaya ilmu bagi memenuhi kehendak Universiti, Masyarakat dan Negara.

AMemberi peluang yang sama  kepada para pelajar Bumiputera tanpa mengira latar belakang, taraf kedudukan dan agama untuk mendapatkan pendidikan yang sebaik-baiknya sesuai dengan kehendak Universiti, Masyarakat dan Negara.

AMewujudkan sistem pentadbiran dan pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada wawasan KMP.

AMenyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisplin, bertanggungjawab, produktif dan penyayang.

AMemastikan tenaga pengajar dan staf sentiasa peka kepada kehendak-kehendak ibubapa/penjaga untuk menghasilkan para pelajar yang bermoral tinggi, berwibawa, bertatatertib dan patuh kepada peraturan-peraturan Kementerian Pendidikan Malaysia.