Make your own free website on Tripod.com

Matlamat

Untuk menjadikan Kolej Matrikulasi Perlis sebagai institusi pengajian pra universiti yang mampu melahirkan generasi pelajar yang berkualiti pada setiap masa.

Objektif

Melahirkan generasi pelajar yang berilmu pengetahuan, beriman dan berakhlak mulia.

Melahirkan generasi pelajar yang dapat mengeksploitasi potensi minda, berdaya saing dan mempunyai ketahanan diri untuk memacu kemajuan negara.

Menjadi pemangkin ke arah kewujudan masyarakat yang berilmu pengetahuan dalam memahami kehendak dan aspirasi agama dan negara.

Moto

Keimanan Menjana Perubahan

Visi

Melahirkan golongan profesional bumiputra yang cemerlang rohani dan jasmaninya untuk menjana perubahan ke arah kecemerlangan negara.

Misi

Menyediakan pendidikan yang berkualiti pada setiap masa yang diiktiraf oleh masyarakat dan negara.

Piagam Pelanggan

Mewujudkan program pengajian yang terbaik untuk menghasilkan bakal pelajar universiti yang mempunyai pengetahuan akademik dan daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak Universiti, Masyarakat dan Negara.

Menyediakan para pelajar yang ditanam asas budaya ilmu bagi memenuhi kehendak Universiti, Masyarakat dan Negara.

Memberi peluang yang sama kepada para pelajar Bumiputera tanpa mengira latar belakang, taraf kedudukan dan agama untuk mendapatkan pendidikan yang sebaik-baiknya sesuai dengan kehendak Universiti, Masyarakat dan Negara.

Mewujudkan sistem pentadbiran dan pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada wawasan KMP.

Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisplin, bertanggungjawab, produktif dan penyayang.

Memastikan tenaga pengajar dan staf sentiasa peka kepada kehendak-kehendak ibubapa/penjaga untuk menghasilkan para pelajar yang bermoral tinggi, berwibawa, bertatatertib dan patuh kepada peraturan-peraturan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sejarah

Kewujudan Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyeragamkan semua program matrikulasi/asasi yang sebelum ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pengajian prauniversiti ini merupakan program persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas. Pembinaan KMP telah dimulakan pada 12 Ogos 1997 dengan upacara pecah tanah yang telah disempurnakan oleh Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abd. Razak. KMP yang terletak di Arau, Perlis, mampu menampung seramai 3000 pelajar dibina di atas tanah seluas 75 ekar pada bulan Januari 1998 di Arau, Perlis. KMP mula siap dibina pada Mac 2000 dan telah mula beroperasi mulai 3 Julai 2000 dengan pengambilan pelajar yang pertama seramai 825 orang.