Make your own free website on Tripod.com

 

   

Bunga Padi

Melambangkan resmi padi iaitu semakin tunduk semakin berisi. Para pelajar yang akan dilahirkan nanti merupakan genarasi berilmu pengetahuan dan dapat menyumbang ilmu tersebut kepada masyarakat ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Mereka menjadi pemangkin kearah pembentukan ummah.

Warna Merah

Melambangkan pelajar serta pengajar berani dan tekal dalam menghadapi sebarang cabaran yang bakal mendatang dan bertanggungjawab sepenuhnya.

Warna Kuning

Melambangkan warga Kolej Matrikulasi Perlis yang sentiasa menghormati dan menjunjung kedaulatan perlembagaan negara.

Warna Biru

Melambangkan semangat kecintaan kepada agama, bangsa dan negara. iaitu sentiasa memupuk semangat setiakawan di kalangan warga kolej.