Make your own free website on Tripod.com

 

Kolej Matrikulasi Perlis  merupakan kampus yang moden dan mempunyai kelengkapan terkini selaras dengan hasrat dan cita-cita murni Falsafah Pendidikan Negara. Bangunan-bangunan yang terdapat di sini terdiri daripada Blok Pentadbiran yang menempatkan Bilik Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah, Ketua-ketua Jabatan, Bilik Kaunseling, Pejabat, Surau dan Bilik Rehat.

Selain daripada itu terdapat juga Blok Pensyarah yang menempatkan  bilik-bilik Pensyarah mengikut unit. Di Blok Pensyarah, terdapat 8 bilik besar yang dipecahkan kepada 20 panitia mata pelajaran dan 10 bilik Ketua Panitia.  

Terdapat 2 blok tutoran iaitu Tutoran A dan Tutoran B serta 6 Dewan Kuliah. Disamping itu terdapat juga bangunan yang menempatkan Makmal Bahasa, Makmal Komputer dan Makmal Sains  

Sebagai tempat rujukan, KMP menyediakan sebuah Pusat Sumber yang lengkap dan moden. Terdapat juga bangunan Pusat Pelajar yang menempatkan Bilik Tetamu, Bilik Aktiviti, Pejabat Asrama, Pejabat Warden serta 3 pintu gerai perniagaan serbanika  

Untuk kemudahan penginapan pula KMP menyediakan 3 blok Asrama iaitu blok A, B dan C yang dilengkapi dengan 2 kafetaria. Setiap Kafetaria ini boleh memuatkan antara 1000 hingga 1500 pelajar dalam satu-satu masa.  

KMP juga menyediakan sebuah Masjid yang terletak di hadapan blok asrama yang dapat menampung kira-kira 2000 hingga 2500 jemaah pada satu-satu masa.  

Terdapat juga sebuah Dewan Serbaguna yang boleh memuatkan antara 2000 hingga 2500 pelajar dalam sebuah perhimpunan.  

Untuk tujuan riadah pula KMP menyediakan sebuah kompleks sukan yang serba lengkap menempatkan  Gelanggan tenis, Gelanggang bola tampar, Padang bola sepak, Padang hoki, Padang bola jaring dan lain-lain.  

Terdapat juga Apartment untuk penginapan warden yang menempatkan 8 buah rumah kediaman yang dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan perabot. Selain daripada itu terdapat 9 buah rumah warden yang ditempatkan di blok asrama iaitu setiap blok mempunyai satu rumah warden

kjhouse.gif (40530 bytes)

astaka.gif (36491 bytes)

kafe.gif (37768 bytes)

gelanggangbt.gif (43076 bytes)

rumah ketua jabatan

astaka

kafeteria pelajar

gelanggang bola tampar

makmalsains.gif (37605 bytes)

makmalbahasadankomputer.gif (39174 bytes)

tasik.gif (35483 bytes)

pusatp2.jpg (16600 bytes)

makmal sains

makmal komputer dan bahasa

tasik rekreasi

pusat pelajar

pic01.jpg (26082 bytes)

pic02.jpg (28714 bytes)

pic03.jpg (26610 bytes)

pic04.jpg (32788 bytes)

blok tutorial b

blok pentadbiran

pic05.jpg (26290 bytes)

pic06.jpg (22970 bytes)

dewankuliah1.jpg (18979 bytes)

surau.gif (49454 bytes)

kompleks asrama

dewan kuliah

masjid

tenis.gif (57614 bytes)

gelanggang tenis